Tuesday, March 23, 2010

Kakitangan Kerajaan Pun Memerlukan Medical Card

Kakitangan Kerajaan Pun Memerlukan Medical Card

Salah satu keistimewaan bekerja sebagai kakitangan kerajaan ialah mendapat rawatan di hospital kerajaan dengan PERCUMA. Tapi bukan semuanya percuma. Ada kes-kes pesakit, walaupun mereka kakitangan kerajaan, mereka terpaksa membayar kos rawatan di hospital kerajaan. Banyak berita yang telah kita baca mengenai rayuan bantuan perubatan oleh kakitangan kerajaan di akhbar-akhbar.
Ini membuktikan, ada kalanya walaupun seseorang pesakit itu adalah kakitangan kerajaan, mereka tetap memerlukan medical card atau kad perubatan.

Ada juga terdapat kes untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan terpaksa menunggu giliran berbulan-bulan lamanya. Ada kalanya katil-katil juga penuh dan mereka terpaksa dipindahkan ke hospital lain. Apa akan terjadi jika penyakit yang dihidapi memerlukan rawatan segera? Sanggupkah anda menunggu dan menderita? “Lu pikirlah sendiri!”, seperti kata Nabil

Oleh itu, buka minda, kalau tak tahu pasal kad perubatan, ambil tahu....jangan kita dah le tidak tahu, tidak mahu ambil tahu pula....

Ambil tahu, bagaimana ia dapat membantu anda disaat anda memerlukan rawatan perubatan. Tidak dinafikan, rawatan di hospital kerajaan pun bagus, tapi, kalau terpaksa menunggu giliran seperti yang saya sebutkan, sekurang-kurangnya, kita ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan lebih cepat.
Kita umpamakan kad perubatan ini seperti "Tayar Spare" yang terdapat di kereta kita. Pernahkan anda terfikir kenapa kita usung “Tayar Spare” itu ke hulu ke hilir, sedangkan tayar kereta kita tak bocor? Jawapan biasa yang kita dengar, “Langkah bersedia kalau tayar bocor atau sediakan payung sebelum hujan”, sedangkan adakalanya kereta yang kita pandu tidak pernah bocor tayarnya. Sampai la botak licin hingga tukar tayar, tak pernah bocor. Tapi kita masih bawa juga Tayar Spare tersebut atas alasan yang sama, "Kita tak tau bila tayar kita akan bocor atau pecah…”

Jadi, sama le juga dengan kad perubatan, oleh kerana kita tak tahu bila kita akan sakit la, sebab tu kita perlu bersedia dengan kad perubatan.
Dapatkan kad perubatan SmartMedic 100, MAA Takaful sebagai “Spare Tyre” ketika anda memerlukan rawatan perubatan.


Apa fungsi medical card ni sebenarnya?...

1- Ia akan membayar semua KOS RAWATAN yang dikenakan kalau kita masuk wad..tak kisah sakit apa pun kecuali sakit2 yang dikecualikan.

2- Yang paling penting, medical card ini akan bayar bil hospital terus ke hospital, kita tak perlu bayar dulu baru claim kemudian (kecuali kalau kita dapatkan rawatan di hospital bukan panel atau hospital kerajaan. Kalau bukan hospital panel, kena bayar dulu claim kemudian, yang penting boleh claim). Jadi, kalau kita ada insurance atau takaful yang cover kos rawatan, tapi tak de medical card, maksudnya, kita kena bayar dulu baru claim. Kalau bil sampai puluh-puluh ribu, mana nak cari duit?..atau kalau ada credit card pun, berapa keping credit card kita nak hulur?...lepas tu, claim pulak...kalau cepat ok lah, kalau ada requirement atau proses lambat. Dah kena interest pulak credit card tu. Susah ke senang?....Sebab tu cari yang ada medical card.Kalau boleh yang tiada co-takaful seperti Smartmedic 100 MAA Takaful, satu sen tak payah keluar, Hassle Free. Kita cuma standby duit untuk belanja sendiri.

3- Pelan Takafulink nie kita sertakan sekali elaun hospital...,jadi kalau satu hari elaun hospital RM 400, contoh masuk wad 5 hari dah dapat RM 2,000. Itu tak termasuk lagi elaun ICU atau elaun bedah. Jadi, anda jangan risau, plan ini akan buatkan anda dapat claim more than 100%.

Ini satu lagi contoh, artikel pasal seorang guru perlukan rawatan pemindahan buah pinggang, tapi tiada wang, terpaksa minta derma. Selepas beberapa bulan masuk Berita Harian, perlukan RM 120,000, tapi hanya dapat sumbangan derma RM 3,708, sebabnya dia bukan artis glamor.
Kalau lah seorang guru (kakitangan kerajaan) terpaksa minta derma untuk dapatkan rawatan, anda yang juga kerja dengan kerajaan bagaimana?...atau adakah kerajaan anda dengan kerajaan guru yang saya nyatakan ini berbeza?...Fikir2kanlah....
Kalau cikgu pun minta derma, tak terfikir kita, kalau kita kerja kerajaan, kemungkinan perkara yang sama mungkin berlaku kepada kita. Pepatah Melayu ada mengatakan..."Sudah terhantuk baru nak tengadah..". Tapi ok, lepas terhantuk sekali lepas tu mengadah lee...tapi, dalam kes medical card nie, dah sakit baru nak ambil medical card....boleh, tapi lulus ke tidak belum tentu. Tuan mungkin sangup mencarum RM 300 sebulan, tapi syarikat takaful reject....sebab dah ada macam-macam penyakit. Nak try apply company takaful lain pulak?.....apply le kalau boleh dapat...saya ucapkan semoga berjaya...

Akhir sekali, anda fikirkan lah. Apa yang saya ceritakan, bukan omong kosong atau rekaan. Semuanya memang telah berlaku. Bersedialah lebih awal, kalau tidak, tak pasal-pasal berhutang dengan credit card berpuluh2 ribu.

Sekiranya anda berminat nak tau lebih lanjut mengenai plan ini, anda boleh sms, “info medical card” ke 019-3697492.

Jika anda rasa Info ini baik dan ingin kawan-kawan anda mengetahui tentangnya, sila lah ajukan kepada kawan-kawan anda. Terima kasih