Wednesday, December 23, 2009

PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS KONVENSIONAL

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu’awadah Maliah’ yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru’at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.

Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-

a) Tabarru’ dan Mudarabah
b) Wakalah dan Tabarru

Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru’
Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju’alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah
Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru’, pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.

Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru’) atau (wakalah).

Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-

Konvensional Takaful
Kontrak Mu’awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru’ ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.

Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.

Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.

Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali

Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.

Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari ’surplus’ Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Demikian penerangan ringkas saya.

Ust Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/



17 Safar 1428 H = 7 Mac 2007

Apakah itu Takaful?

Takaful berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala yang bermaksud 'Saling jamin menjamin'. Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.

CIRI - CIRI TAKAFUL
Sistem Islamik
Sumbangan At-Tabarru'at
Pelaburan halal
Majlis Pengawasan Syariah
Tiada unsur Riba
Tiada unsur Maisir (Judi)
Tiada unsur Gharar (Tidak jelas)
Al-mudharabah (Perkongsian untung)

Sistem Islamik
Konsep takaful iaitu 'Golongan ramai membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam. Ia telah dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran melalui surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan". Ia membuktikan bahawa sikap bantu membantu sesama insan merupakan salah satu akhlak terpuji.

Sumbangan At-Tabarru'at
Tabarru'at dalan bahasa Arab bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah menyertainya dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dengan tepat, ia bermakdud semua peserta dalam kumpulan itu bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka jika ditimpa kemalangan

Dalam industri Takaful, At-tabarru'at yang diperkenalkan ialah Al-tabarru'at yang bersyarat.
Bersyarat adalah dimana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak, justeru itu jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut

Sumbangan Wang Yang Terkumpul Akan Dilabur Dalam Pelaburan Halal
Wang peserta yang terkumpul akan dilaburkan di kaunter-kaunter pelaburan yang halal dan diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah

Bentuk pelaburan;
Bon Kerajaan (Al-Qardul Hassan).
Akaun Deposit di bank (Al-Mudharabah).
Projek Pelaburan (Al-Bai Bithaman Ajil).
Aset Hartanah.
Pembiayaan perumahan.
Sekuriti saham Islamik

Majlis Pengawasan Syariah (Akta Takaful 1984, seksyen 8 (5)(b)
"Bahawa terdapatnya dalam artikel persatuan pengendali Takaful yang berkenaan peruntukan bagi penubuhan Majlis Pengawasan Syariah untuk menasihati pengendalian tentang perniagaan Takafulnya untuk memastikan yang ia tidak terlibat dalam apa-apa unsur yang tidak diluluskan"

Tiada Unsur Riba
Elemen RIBA wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan kebanyakanya dilaburkan didalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang beurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional

Unsur RIBA juga terdapat dalam urusniaga PINJAMAN DARI POLISI (Policy Loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk insuran hayat dalam sistem kemudahan pinjaman ini, syarikat insuran akan mengenakan bayaran faedah (Interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa faedah tersebut merupakan RIBA yang dilarang Islam.

Tiada Unsur Maisir (Judi)
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar merupakan kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antaranya adalah terlalu rapat dan saling berkait. Maisir (Judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana:

Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungani (the insured event) tidak berlaku.
Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.

Tiada Unsur Gharar (Tidak Jelas)
Maksud Gharar ialah "Ketidakpastian". Ketidakpastian dalam transaksi muamalah ialah : "Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan ianya boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain". Di dalam kontrak insurans terdapat unsur ketidakpastian iaitu:

Tidak dapat dipastikan samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
Tidak diketahui kadar bayarannya
Tidak diketahui bila masanya

Al-Mudaharabah (Perkongsian Untung)
Mudharabah bererti perkongsian untung diantara peserta dan syarikat.
Nisbah ditentukan tetapi nilai tidak dapat ditentukan
Nisbah pembahagian untung bergantung kepada aqad yang telah dibuat
Contoh Nisbah 50:50 atas keuntungan diantara peserta dan syarikat

KEUNTUNGAN MENYERTAI TAKAFUL
Menegakkan sistem muamalah Islam
Mendapat skim perlindungan melalui pelan takaful.
Mendapat pulangan melalui perkongsian untung
Keuntungan Pelaburan semasa tempoh takaful
Keuntungan pelaburan selepas tempoh takaful
Nisbah Mudharabah - 50: 50 diantara peserta dan syarikat

KELEBIHAN TAKAFUL
Sistem Islam
Prinsip ta'awun iaitu tolong menolong
Prinsip tadhiyar - korban kepentingan diri untuk orang lain Mengajak / mengatur menyertai
Sumbangan dengan konsep Tabarru' (Derma bersyarat tolong menolong)
Pahala / Kebajikan
Ada peserta, niat murni, syarat, saksi
Pelaburan - untung dikongsi
Al-Mudharabah % dipersetujui RM tidak tentu dijanjikan
Sumbangan ditabungkan kepunyaan peserta
Syarikat Takaful hanya pengendali tabung / akaun peserta
Untung milik bersama antara syarikat pengendali dan peserta
Pelaburan saham yang HALAL sahaja
Lembaga Pengarah - Majlis Pengawasan Syariah
Prinsip Muamalah Islam
Tiada riba, gharar , maisir dan adil
Jika berhenti, peserta mempunyai nilai serahan
Bonus diberi pada setiap tahun dan boleh dikeluarkan
Boleh mengeluarkan duit tanpa faedah
Zakat perniagaan dibayar
Tabung jariah membantu kita semasa di alam kubur

Dipetik dari: takaful2all.blogspot.com

Friday, November 27, 2009






Tuesday, November 17, 2009

SENARAI HOSPITAL PANEL MAA TAKAFUL


KAKITANGAN KERAJAAN PUN MEMERLUKAN MEDICAL CARD

Salah satu keistimewaan bekerja sebagai kakitangan kerajaan ialah mendapat rawatan di hospital kerajaan dengan PERCUMA. Tapi tidak semuanya percuma. Ada kes-kes pesakit, walau kakitangan kerajaan sekali pun, mereka terpaksa membayar kos rawatan di hospital kerajaan. Banyak berita yang telah kita baca mengenai rayuan bantuan perubatan oleh kakitangan kerajaan di akhbar-akhbar.
Ini membuktikan, ada kalanya walaupun seorang pesakit itu kakitangan kerajaan, mereka tetap memerlukan medical card atau kad perubatan.

Ada juga terdapat kes untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan terpaksa menunggu giliran berbulan-bulan lamanya. Ada kalanya katil-katil juga penuh dan pesakit terpaksa dipindahkan ke hospital lain. Apa akan terjadi jika penyakit yang dihidapi memerlukan rawatan segera? Sanggupkah anda menunggu dan menderita? “Lu pikirlah sendiri!”, seperti kata Nabil

Oleh itu, buka minda, kalau tak tahu pasal kad perubatan, ambil tahu....jangan kita dah le tidak tahu, tidak mahu ambil tahu pula....

Ambil tahu, bagaimana ia dapat membantu anda disaat anda memerlukan rawatan perubatan. Tidak dinafikan, rawatan di hospital kerajaan bagus, tapi, kalau terpaksa menunggu giliran seperti yang saya sebutkan, sekurang-kurangnya, kita ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan lebih cepat.
Kita umpamakan kad perubatan ini seperti "Tayar Spare" yang terdapat di kereta kita. Pernahkah anda terfikir kenapa kita usung “Tayar Spare” tu ke hulu ke hilir, sedangkan tayar kereta kita tak bocor? Jawapan biasa yang kita dengar, “Langkah bersedia kalau tayar bocor atau sediakan payung sebelum hujan”, sedangkan adakalanya kereta yang kita pandu tidak pernah bocor tayarnya. Sampai la botak licin hingga tukar tayar, tak pernah bocor. Tapi kita masih bawa juga "Tayar Spare" tersebut atas alasan yang sama, "Kita tak tau bila tayar kita akan bocor…”

Jadi, sama le juga dengan kad perubatan, oleh kerana kita tak tahu bila kita akan sakit, sebab itu kita perlu bersedia dengan kad perubatan.
Dapatkan kad perubatan SmartMedic 100, MAA Takaful sebagai “Spare Tyre”.
Untuk keterangan lanjut hubungi saya di 019-3697492, Abdull Razak.

Wednesday, November 11, 2009

KAD PERUBATAN "CASHLESS"

SmartMedic 100 - MAA TAKAFUL

KAMI MEMBANTU ANDA MERANCANG SESUATU YANG TIDAK DIRANCANG…

Kemajuan dalam teknologi perubatan perlu dibayar dengan harga yang tinggi. Ditambah pula dengan kos sara hidup dan pendidikan anak-anak, anda dan orang yang tersayang mungkin terpaksa menanggung kesempitan kewangan jika anda tidak merancang perbelanjaan hospital. Kebenarannya, pembedahan yang tidak diduga dan tidak dapat dielakkan boleh menghabiskan keseluruhan simpanan anda.
Dengan SmartMedic 100, kami menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. SmartMedic 100 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya.
SmartMedic 100 bekerjasama dengan salah sebuah ‘Managed Care Organization’ iaitu Metronic iCares Services. Metronic iCares Services menyediakan anda dengan bantuan percuma 24 jam bagi memudahkan anda;
• Kemasukan ke Hospital
• Penyelesaian terus ke atas bil-bil hospital sejurus selepas keluar hospital*

SmartMedic 100 juga menyediakan perlindungan yang tidak ternilai sehingga umur 80 tahun! Diri anda dijamin dengan perlindungan ke atas sesuatu yang tidak dapat dielakkan apabila anda memperbaharui pelan ini tertakluk kepada had seumur hidup. Di samping itu, SmartMedic 100 juga menawarkan faedah Khairat Kematian** sebanyak RM5,000, yang mana akan dibayar jika berlakunya kematian semua sebab.

Perlindungan di Seluruh Dunia…

Anda boleh melancong dengan penuh ketenangan di mana anda sedia maklum bahawa anda akan dilindungi di mana-mana sahaja di serata dunia. Perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
• Program Bantuan Perubatan Antarabangsa – pemindahan perubatan kecemasan, penyeliaan penghantaran balik dari segi perubatan, penghantaran ubtat yang tidak boleh didapati di pasaran tempatan, penghantaran balik mayat, kepulangan anak-anak tanggungan, 24 jam khidmat bantuan untuk rujukan perubatan dan sebagainya.
• Bantuan Perjalanan*** - menyediakan maklumat berkaitan inokulasi, keperluan visa, bantuan penemuan kehilangan bagasi, dokumen dan barang-barang persendirian, maklumat cuaca, maklumat pertukaran asing, aturan dan informasi penerbangan, rujukan perundangan, rujukan penterjemah dan penyampaian mesej kecemasan.
• Bantuan Kereta***- penundaan kecemasan 24 jam dan pembaikan kecil di tepi jalan, bantuan kereta sewa, bantuan urusan penginapan hotel dan rujukan kepada pusat-pusat perkhidmatan yang lain.
• Bantuan Kediaman***- perkhidmatan membaiki paip, tukang cuci, pembaikan am dan kawalan serangga perosak.

* Tertakluk kepada kelayakan dan faedah had pelan.
** Faedah Khairat Kematian hanya didapati pada Pelan Asas SmartMedic 100 sahaja.
*** Khidmat rujukan sahaja. Apa-apa perbelanjaan dan/atau tanggungan akan ditanggung oleh pemilik sijil. Segala khidmat bantuan disediakan oleh pihak ketiga and penyambungan khidmat bantuan tersebut adalah tertakluk kepada perjanjian diantara Pengendali Takaful dan pengendali khidmat bantuan.

Sunday, October 25, 2009

Dari Website JAKIM

Soalan :
Apakah hukum insurans hayat yang dibeli daripada syarikat insuran konvensional. Dan apakah hukumnya memakan hasil komisyen oleh agen insuran tersebut.

Jawapan :
Insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana akadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu :
a) Mengandungi gharar (ketidaktentuan)
b) Mengandungi unsur judi
c) Mengandungi muamalah riba.

HUKUM INSURAN KONVENSIONAL DAN PELABURAN ISLAM

Dipetik dari http://www.zaharuddin.net

SOALAN

Assalamualaikum ustaz,

Saya tercari2 artikel @ soal jawab mengenai hukum insurance tapi tak jumpa. Walaupun saya banyak dengar pendapat tentang insurans haram, namun saya perlukan pendapat dari ustaz yang lebih pakar dalam hal ini dari sudut teknikal/syariah.

Apakah hukum insurans sebenarnya? Apakah syarikat xxxxxx sbg contoh, melaburkan sebahagian premium ke dalam dana berlandaskan syariah boleh dianggap islamic? Atau boleh ustaz simpulkan supaya saya dapat memulakan pelaburan yg diredhai Allah.

Terima kasih.

Budiman Abd. Rahman.



JAWAPAN UST ZAHARUDDIN

Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang lebar oleh para ulama' tertutamanya di kalangan ulama' Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insuran ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu disekitar tahun 1666 m di London, sistem ini hanya menembusi dunia Islam Arab hanya sekitar 1830 M1. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat thn 1836 m @ 1252 H) Beliau merupakan fuqaha' ulung bermazhab Hanafi di Syam dan dianggap cendikiawan Islam pertama yang mengeluarkan fatwa berkenaan Insuran. (Hasyiah Ibn ‘Abidin, Jilid 4, hlm 170)

Insuran Konvensional :

Ia adalah suatu kontrak perniagaan (business) dan termasuk dari kalangan Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu'awadat Maliah). Dimana ia mewajibkan syarikat Insuran membayar jumlah tertentu kepada pencarum insuran apabila berlaku beberapa jenis kemalangan @ musibah yg telah ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar-kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum. [1]


Kontrak Insuran ini mengandungi ciri-ciri berikut :

1. Redha di kedua-dua pihak (iaitu syarikat Insuran dan Pencarum). Ia ibarat satu kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ijab & qabul.

2. Pihak yang memberi insuran ; Iaitu pihak syarikat Insuran.

3. Pencarum; iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat penjanjian dengan syarikat Insuran.

4. Yang menerima manfaat ; Iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.

5. Kebahayaan @ musibah ; Iaitu jenis-jenis musibah @ kemalangan yang diandaikan yang ditentukan di dalam kontrak, seperti kecurian, kebakaran, kecederaan, kematian dan lain-lain.

Bentuk Insuran ini adalah seperti :- Insuran Terhadap Musibah Menimpa Tubuh, Insuran Nyawa, Insuran Harta dan pecahannya (kereta, motor, rumah dan lain-lain), Insuran Kemalangan Jalanraya, Insuran Kerja dan lain-lain.


SALAH SATU SEBAB UTAMA INSURAN KONVENSIONAL MENJADI HARAM ADALAH RIBA

Ia adalah satu perbincangan ‘ilmiah dan sebenarnya memerlukan ‘basic knowledge' tertentu yang agak kukuh untuk memahaminya dengan sempurna, bagaimanapun penulis akan cuba memudahkan dalil-dalil ini demi memberikan kefahaman semaksimum mungkin di kalangan pembaca. Selebihnya perlulah pembaca melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan Takhassus Fiqh di Universiti-universiti bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci.


Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mestilah mempunyai ilmu asas berikut :-

a) Pembahagian kepada Aqad Mu'awadat (Pertukaran)&Tabarru'ah(Derma@Sumbangan)
b) Riba & pembahagiannya
c) Syarat jual beli dalam Islam.

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, Insuran konvensional ini adalah haram kerana terdapat Unsur Riba yang jelas di dalamnya. [2]

Huraian :- Riba jelas wujud, apabila syarikat insuran membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah. Ia dianggap riba kerana wang (dari pencarum) berbalas wang (dari syarikat) dengan jumlah yang berbeza, padahal wang merupakan item ribawi (usurious items) sebagaimana enam (6) item yg telah disebutkan Nabi di dalam hadithnya.

Nabi SAW telah mensyaratkan dengan jelas dan terang, apabila bermu'amalah di antara dua item ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang RM dari pencarum dengan wang RM dari syarikat insuran), ia mestilah terikat dengan syarat:

a. Sama Nilai (mathalan bi mathalin)
b. Diserahkan di ketika mu'amalah di lakukan. (yadan diyadin)

Syarat ini bersumber dari hadith :

" Jangan kamu jual emas dgn emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jgn kamu melebihkan salah satu darinya di atas yg lain.." ( Al-Bukhari & Muslim)

" Jangan kamu jual emas dgn pulangan emas, perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dlm timbangan yg sama, nilaian yg sama..(Muslim)

Maka setiap perbezaan nilai (dalam item ribawi) di anggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail). Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza maka berlakulah Riba al-Fadl ini. Iaitu TIDAK ADA KESAMAAN NILAI DALAM URUSNIAGA DUA ITEM RIBAWI.

Manakala pembayaran bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi'ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dlm al-Quran. Dalam hal insuran sudah tentulah berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah barulah akan dibayar jumlah tertentu. Inilah dinamakan Riba An-Nasiah. Prof. Dr Muhd Baltaji ( ulama besar di Univeristi Al-Qaherah - telah meninggal dunia) menjelaskan bahawa kontrak insuran ini sama sekali tidak boleh lari dari Riba An-Nasiah ini. Beliau juga menegaskan bahawa mana-mana hujah untuk lari dari anggapan riba ini adalah suatu helah yg tidak sah menurut pandangan syarak [3]. Justeru Insuran mempunyai kedua-dua jenis Riba.

Walaupun adakalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan dari carumannya bahkan hanya untuk merasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap Riba. Zahir urusniaga insuran tadi cukup untuk mengkategorikan ia sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung). Berapa banyak kes yang telah ditemui, terdapat individu yang sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi bagi meraih wang insuran, pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insuran bernilai jutaan RM dan lain-lain.


Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman tersebut diperniagakan oleh syarikat insuran konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah), atau mana-mana syarikat yang bermu'amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang tadi. Malah lebih teruk kiranya, syarikat insuran meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak, judi dan lain-lain.

SEBAGAI KESIMPULAN RINGKAS HURAIAN BAGAIMANA INSURAN KONVENSIONAL MENJADI HARAM ADALAH

Jawabnya, aqad adalah perkara utama yang diubah dalam hal ini. Insuran konvensional menggunakan aqad pertukran milik harta (Aqad Mu'awadat Maliah) yang mana ia menyebabkan ia dikira sebagai aqad jual beli. Maka sebagaimana yang perlu kita fahami, aqad jual beli memerlukan kejelasan dalam :

•1) Penjual
•2) Pembeli
•3) Benda yang dijual
•4) Harga

Dalam konteks insuran konvensional ia seperti berikut :-

Penjual : Syarikat insuran
Pembeli : Pencarum
Benda yang dijual : Jaminan kewangan jika terhadap musibah tertentu.
Harga : RM xxx setahun.

Dari empat rukun jual beli tersebut syarikat Insuran mempunyai masalah dalam bab benda yang dijual. Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang RM dengan RM. Ketika itu ia sepatutnya menuruti syarat yang telah ditetapkan oleh Baginda SAW iaitu serah terima dan jumlah yang sama. Bagaimanapun, hal ini sudah tentu tidak akan berlaku, kerana :-

a) Si pembeli (pencarum) akan meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah RM jaminan itu pula hanya akan diberikan kemudian. Ini menyebabkan para ulama menganggapnya sebagai Riba Nasiah.

b) Si pembeli juga tidak tahu beraparakah nilai jaminan yang bakal diperolehinya. Walaupun nilaiannya telah dinyatakan dalam skim insuran ini, tetapi keperluan aqad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapakah nilai yang akan diperolehinya. Maka sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia di anggap ‘Gharar'. Malah gharar juga dari sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperolehi benda yang dibelinya.

c) Ia dianggap judi pula, kerana ia mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperolehi sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.
Pengharaman Insuran Konvensional ini teLah disepakati oleh para ulama antaranya :-

a. As-Syeikh Al-Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836 M)

b. As-Syeikh Al-Imam Muhd Abu Zuhrah (Meninggal tahun 1972 M, Prof Syari'ah di Univ. Kaherah, dianggap ulama' terulung dlm Ilmu Fiqh)

c. As-Syeikh Al-Imam Muhd ‘Abduh (menurut qawl yg lebih shohih)

d. As-Syeikh Muhd Bukhait al-Mut'ie (Bekas Mufti Mesir, meninggal 1935 M )

e. As-Syeikh Al-Allamah Ahmad Ibrahim al-Husayni (Fuqaha' terulung Mesir & dianggap mujaddid Fiqh Mesir)

f. As-Syeikh Najm al-Din al-Wa'iz (Bekas Mufti Iraq)

g. As-Syeikh Muhd al-Ahmadi al-Zawahiri (Bekas Syeikh al-Azhar)

h. As-Syeikh Salim Matar al-Bisyri (Bekas Syeikh al-Azhar)

i. As-Syeikh Hasunah an-Nawawi (Bekas Syeikh al-Azhar)

j. As-Syeikh Abd Rahman Mahmud Qara'ah (Bekas Mufti Mesir)

k. As-Syeikh Prof. Dr Yusoff al-Qaradhawi (Ulama' dan Da'ie terkemuka di dunia Islam hari ini, Prof. Syarih di Univ. Qatar)

l. Prof. Dr. Muhd Ali Salus (Prof. Fiqh di Univ. Qatar)

m. Prof. Dr. Muhd Othman Syabir (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Qatar)

n. As-Syeikh Prof. Dr Muhd Baltaji (Prof di Univ Kaherah kini, di anggap Fuhaqa' teralim di ketika ini)

o. As-Syeikh Dr. Abdullah al-Qalqili (Bekas Mufti Jordan)

p. Prof. Dr Muhd Sulaiman Asyqar (Prof. Fiqh di Univ. Jordan & Ulama' terkenal di Jordan kini)

q. Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof. Di Univ. Damshiq Syria, Ulama' terkenal di dunia)

Perlu diingat bhw beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan para ulama' terulung di seluruh dunia di beberapa kali diadakan, Kontrak Insuran juga telah diperbincangkan oleh mereka. Antara muktamar yg telah dilaksana :

1. Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh2 ekonomi.

Insuran adalah salah satu topik perbincangan mrk. Keputusan mrk adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN (KONVENSIONAL) ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar.

2. Majlis Kesatuan Ulama' Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi. Keputusan : Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.

3. Majma' al-Fiqh al-Islami al-‘Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , Nyawa dan lain2 drpd jenis harta.

4. Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' al-Fiqh al-Islami) sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan.

Majma' Fiqh juga secara ijma' mengharuskan insuran jenis kerjasama (ta'awuni) dan mencadangkan ia sbg alternatif insuran perniagaan dan diseru seluruh umat Islam menggiatkannya di negara masing.

Justeru, pendapat jumhur kelihatan terlebih kuat daripada pandangan kumpulan kecil fuqaha'. Amat sukar untuk mendapat kewajaran bagi individu biasa bg menfatwakan sebaliknya setelah diulas sebegitu


PELABURAN ISLAM DENGAN DUIT INSURAN KONVENSIONAL

Adapun soalan berkenaan dengan dana yang terkumpul oleh syarikat insuran itu serta di laburkan ke pelaburan Islam serta mempunyai penasihat Shariah. Bagi saya, telah saya jelaskan bahawa sebelum melabur kita kena melihat terdahulu cara duit terkumpul itu dahulu, samada sah atau tidak dari sudut Shariah. Maka dalam hal ini, syarikat insuran konvensional mengumpul duit itu dengan cara yang tidak sah, justeru tatkala itu, pelaburan Islamnya juga tiada banyak ertinya menurut Islam. Ia tidak dapat lari dari syubhat, ini kerana mungkin terdapat wang dari hasil selain kumpulan wang insurannya disertakan bersama. Wallahu 'alam.

Analogi mudah, seorang yang mencuri duit dan kemudian melaburkannya di dalam pelaburan Islam. Tatkala itu, tiada ertinya lagi pelaburan Islamnya itu. Hanya mengurangkan sedikit dosa sahaja. Kerana jika ia melabur di tempat haram, maka dosanya akan berganda kerana 1) curi 2) Melabur tempat haram.


Sekian


Ust Zaharuddin

5 Mac 2007

15 Safar 1428